|
SUKA SUKA DUKA
Sunday 28 April 2013 | 11:06 | 0 One Direction
1996
“Pon pon! Abang, kakak nak bersalin”
“Tunggu sebentar saya cakap dengan boss” ujar seorang lelaki dalam
lingkungan 20-an.
“Tauke,
orang rumah saya nak melahirkan anak ni. Boleh tolong hantarkan ke hospital
tak? Saya tiada kereta”
“Jom naik kereta saya, saya hantarkan”
jawab bos lancar.
Hujan lebat diluar mengiringi perjalanan
ke Hospital Tanjung Karang, Selangor. Jalan di sekitar hospital kelihatan sudah
renangi air bah. Air masuk ke kereta secara perlahan-lahan. Kini air bah berada
diparas betis ibu yang sarat hendak bersalin.
“Aton,
ni Ah Peng, tauke saya” ujar abah
atau lebih selesa digelar sebagai Eru. Ibu memandang tauke abah dengan perasaan yang menjengkelkan. “Eishh! Ni ke tauke Eru? Selekeh je saya tengok Ah
Peng ni. Dengan baju yang dibutang senget sebelah pendek sebelah panjang. Rambut tak bersikat.
Serabai” ujar ibu didalam hati. Setibanya di Hospital, ibu terus dimasukkan ke
dalam wad kecemasan. Sampai sahaja dikatil, ibu terus bersalin.
“Encik, isteri encik sudah melahirkan
bayi perempuan” kata jururawat tersebut. Abah kelihatan terkejut. “Aikk? Baru
masuk dah bersalin? Daftar pun belum lagi” jawab abah. “Tidak mengapa, azankan
anak kamu dahulu. Daftar kemudian pun tak pa” jururawat itu mengukir senyuman.
Setelah bayi tersebut diazankan, ibu
membelai sambil berkata dalam hati. “Wahh! Putihnya anak saya. Tapi kenapa
kening dia berselerak macam kening Ah Peng ? Haishh, inilah padahnya mengutuk
orang. Tengok anak saya dah mengikut.” Desis ibu didalam hati.
“Wahh! Cantik sungguh ini Amoi” puji doktor.
Ibu hanya tersenyum memandang doktor.
Tiga hari kemudian, abah memberi nama
Noor Khiriah kepada bayi tersebut. Namun, tiga hari berturut-turut Khiriah tidak
berhenti menangis. Ayah berbincang dengan ibu. Akhirnya, abah menukar nama
daripada Noor Khiriah kepada Noor Hasimah. Kuasa Allah, Khiriah berhenti
menangis. Maka, telah rasmilah nama bayi tersebut ialah Noor Hasimah.
2003
6 Januari 2003. Hari pertama Shima
menjejakkan kakinya ke Sekolah Kebangsaan Taman Rinting 1. Dia tidak pernah ke
sekolah sebelum ini. Dia tidak ke tadika seperti anak-anak yang sebaya umurnya.
Shima begitu teruja ingin masuk ke sekolah. Abah memberitahu bahawa Shima
mendapat kelas 1 Intan. Abah merungut kerana Shima mendapat kelas terakhir sedangkan
dia telah mendaftar awal. Shima tidak mengedahkan hal itu kerana terlalu teruja
hendak ke sekolah. Pada hari tersebut, tiada sesiapa yang menemankan Shima ke
sekolah. Shima tahu kelasnya 1 Intan tetapi tidak tahu dimana terletaknya kelas
dia. Shima telah meronda satu sekolah semata-mata ingin mencari kelasnya namun
tidak berjumpa. Shima kemudiannya berhenti di satu sudut informasi. Dia melihat
dan membaca apa yang ditulis perlahan-lahan. Maklumlah, belum begitu pandai
membaca.
“Shima! Shima!” kedengaran namanya
disebut-sebut. Shima menoleh. Tiba-tiba kakaknya, Diyana memeluknya sambil
menangis teresak-esak. Shima berdiam diri. “Shima, kau pergi mana ? Puas angah
cari satu sekolah. Angah ingatkan kau dah hilang” Diyana terus memeluk Shima
dengan erat. Shima memujuk sambil mengatakan dia tidak apa-apa. “Jom kita cari
kelas Shima sama-sama. Shima jangan hilang lagi tau ?” Shima hanya mengangguk.
“Kringgggggg!”
Lonceng berbunyi menandakan waktu rehat sudah bermula. Shima ke kantin untuk membeli makanan. Dia ke sekolah hanya berbekalkan duit lima puluh sen sahaja. Maklumlah, dia berasal dari keluarga yang kurang berkemampuan. Dalam perjalanan, Shima bertembung dengan rakan sekelasnya, Syahira. “Ehh? Apa yang dekat tangan awak tu ? Shima menyoal. “Owh, ni air gas” jawab Syahira. Sebenarnya, itu adalah air bikarbonat. Memandangkan susah hendak disebut bagi kanak-kanak, kami hanya menyebutnya sebagai air gas.”Wah! Beli dekat mana? Berapa harganya?” soal Shima kembali. “Ni beli dekat kantin lah. Dekat makcik tu. Air ni cuma seringgit je” Syahira menjawab pantas. Shima mengeluarkan duit dari poketnya. Ditangannya hanya terdapat sepuluh sen. Shima telah menggunakan empat puluh sen duitnya membeli gula-gula sebelum persekolahan bermula. Kini dia hanya mempunyai sepuluh sen sahaja untuk membeli makanan. Shima berfikir adakah sepuluh sen dan seringgit mempunyai nilai yang sama? Shima menggenggam sepuluh sen itu dan dengan yakin dia menuju ke tempat tersebut.
“Ye adik, adik nak beli apa?” soal
makcik kantin.“Bagi saya air tin Coca Cola
satu” pinta Shima. Shima menerima air gas tersebut lalu membayarnya. Dia
kemudiannya bergegas meninggalkan kantin. Tiba-tiba namanya dipanggil semula.
Shima menoleh.
“Adik! Ehh ! Harga air tu seringgit lah dik,
bukan sepuluh sen. Ni adik bayar sepuluh sen je. Lagi sembilan puluh sen lah
adik!” pekik makcik kantin itu dari jauh. Shima tersentak. Dia memandang
sekeliling. Ada diantara ibu bapa yang hadir menemankan anaknya ke sekolah
memandang Shima dengan pandangan yang tertanya-tanya. Ada juga yang
memandangnya dengan perasaan yang sinis. Shima memulangkan kembali air tin
tersebut. Sekali lagi Shima memandang sekeliling. Mereka masih memandang wajah Shima.
Shima bengang. Dia berasa malu lantas berlari ke belakang kantin. Shima terus
menangis mengenangkan betapa jahilnya dia dalam soal kewangan. Tidak tahu
mengira. Tidak tahu matematik. Mulai saat itu, Shima berazam akan belajar
mengira dan belajar berjimat. Dia tidak sanggup dimalukan hadapan orang ramai
lagi. Sejak itu, Shima jarang ke kantin. Kebanyakan waktu rehatnya dihabiskan
di perpustakaan sekolah sahaja. Shima merekodkan bacaannya dalam buku NILAM.
Akhirnya, dia mendapat anugerah gangsa dalam Program NILAM tersebut.
2008
Tahun ini Shima akan menduduki peperiksaan besar iaitu Ujian Pernilaian Sekolah Rendah(UPSR). Tahun ini jugalah dia belajar erti percintaan. Sekadar cinta monyet sahaja, cinta tiga segi. Shima minat terhadap seorang pelajar lelaki yang bernama Safiq. Tapi malangnya, Safiq suka kepada Aisyah. Aisyah tidak suka Safiq kerana dia menyukai Kamarul. Tetapi, Kamarul pula suka kepada Anita. Anita? Dia suka kepada Kamarul juga. Maka, tamatlah kisah percintaan bersegi-segi ini.
Shima
telah mendapat 2A,2B serta 1C dalam ujian UPPM3. Cikgu mengatakan keputusan
ujian UPPM3 sangat penting. Jikalau kita mendapat 1A, 1A lah yang kita dapat
dalam UPSR. Jikalau mendapat 3A, 3A jugalah yang kita bakal dapat dalam UPSR.
Sesungguhnya Shima tidak percaya semua itu. Sepanjang tahun itu, Shima banyak
mengikuti Program Teknik Menjawab UPSR. Dia kini lebih bersemangat dan bersedia
untuk menjawab peperiksaan. Ibu mengugut akan mengahwinkan Shima jika tidak
berjaya dalam peperiksaannya. Shima berusaha keras untuk berjaya kerana takut
akan ugutan ibunya. Setelah beberapa bulan, hari yang ditunggu-tunggu sudah pun
tiba iaitu hari keputusan UPSR keluar. Shima begitu gementar sehingga hamper
terkencing. Dia menunggu keputusan dengan penuh kesabaran. Cikgu memberitahu
bahawa peratus sekolah naik sebanyak 14 peratus. Ramai pelajar yang mendapat 5A
tahun 2008. Cikgu mengumumkan nama pelajar-pelajar yang berjaya mendapat 5A. Shima
hanya reda terhadap ketentuan Ilahi. Setelah beberapa nama pelajar yang dipanggil,
tiba- tiba nama Shima dipanggil. Shima terkejut dan gembira. Ternyata segala
usahanya bukanlah sia-sia. Shima tidak menyangka bahawa dia berjaya mendapat straight A’s dalam UPSR kerana sepanjang
hidupnya dia tidak pernah mendapat 4A apatah lagi 5A.
2013
Tahun 2013 merupakan tahun yang penuh
dugaan. Tahun Shima mengambil SPM di SMK Taman Rinting2. Banyak cabaran yang
perlu dihadapi ketika menjelang peperiksaan. Masalah yang paling utama ialah tekanan
masalah dengan rakan sebaya. Susah apabila mendapat rakan yang tidak memahami
antara satu sama lain. Hanya ada ketika senang dan tiada ketika susah. Tidak
boleh menerima kita seadanya. Tetapi tidak mengapa. Ini semua cubaan. Kata-kata
hikmah En.Rashid dan slogan pengetua menjadi dorongan iaitu “Anak Rinting
memangkas cabaran, mengangkasa wawasan” serta “Do the best, bet the rest!”
2019
“Well hello hello hello! Assalamualaikum
serta salam hangat daripada saya Miss
Fantabilous! Itu adalah nama versi
Inggeris. Bagi nama versi Jepun pula ialah Shimano. Hah! Kilang joran tu kilang
saya lah. Kamu juga boleh gelar saya Ha Si Ma. Macam nama orang Korea bukan? Sebenarnya,
nama saya Hasimah Hairudin. Untuk lebih
mesra, panggil sahaja kak Shima. Sebelum biduk berlayar lebih jauh , bersiap
siagalah dengan senyuman kamu yang manis itu kerana kamu adalah para pemenang.”
Shima memulakan ceramahnya .
Memandangkan
kehidupan didunia ibarat seorang perantau, belajarlah daripada kesilapan kerana
orang cemerlang sentiasa belajar daripada setiap kesalahan dan kesilapan yang
lalu. Orang yang berjaya bukannya tidak pernah jatuh (gagal), tetapi sentiasa
bangkit semula setiap kali terjatuh. Kegagalan sebenar adalah apabila kita
berhenti mencuba. Hasimah Hairudin bukanlah nama yang asing lagi dipersada
dunia. Dia kini telah berjaya mempunyai syarikatnya yang tersendiri. Shima
tersenyum lebar. Ternyata kata-kata hikmah yang diberikan oleh bekas gurunya,
En.Rashid betul betul mengubah hidupnya. Anak Rinting memangkas cabaran,
mengangkasa wawasan. J
|